Monday, 27 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Sunday, 19 February 2012
Antara Ikan Yang Unik di Lautan
Discus
Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar yangg mungkin merupakan ikan air tawar yg paling cantik. Harganya juga sangat mahal.
|
Flame Angel
Ikan ini memikiki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tapi sifatnya tidak ’seteguh’ Coral Beauty.
|
Lionfish |
Ikan ini disebut juga Zebrafish. Tulang belakangnya itu memiliki racun yg sangat menyakitkan dan cukup efektif. Orang yg memeliharanya pastinya harus berhati-hati jika ingin membersihkan akuariumnya.
Mandarinfish |
Regal Tang |
Tergolong dalam keluarga Surgeonfish, yang memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi predator.
Spesis Yang Baru Ditemui Dalam Lautan
Diversity in the deep
Fire in water
Spongebob’s buddy
Silent scream
Octopus in the Gulf
Cooper of the sea
King of the hydroids
Star of the sea
Spiky spiders
Paper bubble
Saturday, 18 February 2012
Infomasi Terumbu Karang
Terumbu
karang merupakan salah satu ekosistem yang wujud di lautan. Ia terbina dengan
jutaan organisma kecil yang berkoloni (hidup berkumpulan) di habitat laut
sekitar suhu 20 hingga 28 darjah celcius. Hidupan di terumbu karang terdiri
daripada karang laut yang kebanyakkannya datang dari famili Cnidari serta
subkelas yang bernama Octocorallia, Zoantharia dan juga Tabulata.
Terumbu
karang menajadi habitat penting untuk hidupan laut yang lain seperti ikan
kerana di sinilah kawasan makanan paling banyak di lautan. Kawasan terumbu
karang mampu menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis dan sebab itulah
kawasan terumbu karang mudah dijumpai di kawasan lautan yang kedalamannya
antara 40 hingga 70 meter di dasar laut yang membolehkan cahaya matahari
menembusi dasar laut. Selain sebagai tempat hidupan laut mendapatkan makanan,
terumbu karang juga berfungsi sebagai benteng perlindungan pantai terhadap
ombak kuat. Maksudnya terumbu karang bertindak sebagai pemecah ombak besar.
Di Malaysia,
kawasan terumbu karang digazetkan sebagai Taman Marin untuk memastikan ianya
sentiasa dipelihara. Salah satu contoh Taman Marin yang ada ialah Taman Marin
Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu Sabah. Terumbu karang terbesar di dunia
terletak di Queensland, Australia.
Skuba
SKUBA merupakan singkatan kepada perkataan bahasa inggeris iaitu SCUBA
yang bermaksud “ Self Contained Underwater Breathing Apparatus” ataupun Alat
Bantuan .
Aktiviti selam skuba memerlukan
peralatan kursus yang mesti digunakan dan kita perlu tahu serta memahami setiap
fungsi peralatan ini. Antara peralatan-peralatan yang khusus digunakan dalam
aktiviti SKUBA adalah face mask, snorkel, fin, tali pinggan pemberat, tangki
udara, jaket pengapungan, regulator, sut penyelam, sarung tangan dan lampu
suluh. Face mask ini berfungsi memberi penyelam keupayaan melihat dengan jelas
semasa berada di bawah permukaan air. Dengan menggunakan face mask yang
meliputi bahagian mata dan juga hidung, teknik menghembus nafas ke dalam face
mask mengimbangi tekanan di dalam face mask mengimbangi tekanan di dalam face
mask dan tekanan di luar. Cara ini menghalang kecederaan pada mata kita.face
mask mestilah diperbuat daripada kaca yang tidak mudah pecah dan bahan yang
tidak mudah berkarat ataupun boleh mendatangkan alergi kepada penggunanya.
Fin digunakan oleh penyelam untuk
bergerak di dalam air dengan pergerakan kaki yang minimum. Tangan sepatutnya
tidak digunakan untuk bergerak di dalam air kerana kesan pergerakan adalah amat
mimina sekiranya menggunakan tangan.
Tali pinggan pemberat dan pemberat diperlukan untuk mengurangkan kesan pengapungan dari badan, peralatan menyelam dan juga baju menyelam yang akan menghalang penyelam daripada tenggelam di dalam laut. Sekiranya difikirkan, adalah pelik kerana tangki dan juga peralatan menyelam kelihatan agak berat di darat. Setiap penyelam memerlukan jumlah timah yang berbeza-beza dan pada kebiasannya di dalam lingkungan 5 hingga 7 kilogram. Segelintir penyelam tidak menggunakan tali pinggan pemberat tetapi memasukkan timah terus ke dalam jaket pengapungan yang mempunyai system pemberat bersepadu.
Tangki udara berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampatkan pada tekanan tinggi (3000 psi). Udara dimampatkan ke dalam tangki udara ini dengan menggunakan mesin pemampat udara khas. Terdapat dua jenis tangki udara dipasaran iaitu tangki udara aluminium dan besi.
Fungsi utama jaket pengapungan atau BCD ini adalah memberi keupayaan kepada penyelam semasa terapung di permukaan, mengawal kelajuan semasa memulakan penyelaman ke dasar laut, mengawal kadar kelajuan semasa naik ke permukaan dan juga paras penyelaman yang sesuai mengikut kehendak penyelam.
Regulator adalah peralatan SKUBA yang berfungsi mengurangkan tekanan udara di dalam tangki dari 3000 psi ke tekanan udara persekitaraan 150 psi dan memberi udara kepada penyelam mengikut kehendak penyelam SKUBA. Sekiranya penyelam SKUBA memerlukan udara yang banyak, regulator akan memberi udara tersebut walaupun pada kedalaman dan kedudukan yang berlainan.
Sut menyelam digunakan sebagai memberi perlindungan kepada penyelam
daripada menjadi kesejukan semasa menyelam, perlindungan daripada sengkatan
ikan ataupun obor-obor dan juga kecederaan yang boleh berlaku semasa berada di
laut. Air yang terperangkap di dalam sut menyelam ini akan dipanaskan oleh
badan dan mengurangkan kesejukan kepada penyelam.
Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan penyelam daripada cedera semasa menyelam. Lampu suluh digunakan untuk melihat warna sebenar hidupan laut atau menyelam pada waktu malam. Air menyerap cahaya yang berlainan mengikut kedalaman air. Bag khas untuk menempatkan peralatan SKUBA memudahkan penyelam untuk menyimpan peralatan sebelum dan selepas menyelam di laut. Setiap penyelam SKUBA dinasihatkan supaya tidak menyimpan tali pinggan bersama pemberat di dalam beg peralatan SKUBA kerana timah pemberat boleh merosakan alat-alat dan juga beg tersebut.
Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan penyelam daripada cedera semasa menyelam. Lampu suluh digunakan untuk melihat warna sebenar hidupan laut atau menyelam pada waktu malam. Air menyerap cahaya yang berlainan mengikut kedalaman air. Bag khas untuk menempatkan peralatan SKUBA memudahkan penyelam untuk menyimpan peralatan sebelum dan selepas menyelam di laut. Setiap penyelam SKUBA dinasihatkan supaya tidak menyimpan tali pinggan bersama pemberat di dalam beg peralatan SKUBA kerana timah pemberat boleh merosakan alat-alat dan juga beg tersebut.
Terdapat
dua jenis peralatan SCUBA:
- Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran.
PERALATAN AQUA-LUNG
- Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'
Pilihan lain kepada
peralatan SCUBA adalah:
- selaman bebas - menyelam dalam air dalam satu nafas.
- snorkeling - sejenis selaman bebas yang mulut dan hidung penyelam berada di bawah air ketika bernafas kerana penyelam mampu bernafas melalui tiub pendek yang dipanggil snorkel.
- selaman dibekal dari permukaan - kebanyakannya digunakan oleh penyelam profesional untuk selaman dalam atau tempoh yang lama dimana terdapat salur udara menyambungkan penyelam dengan permukaan yang membekalkan gas pernafasan, air panas untuk memanaskan pakaian selam dan komunikasi suara.
Peralatan
seumpama SCUBA juga digunakan untuk applikasi bukan selaman:
·
SCBA Self Contained Breathing
Apparatus - topeng muka tekanan positif dan silinder gas untuk kegunaan
perkhidmatan penyelamat dan bomba.
·
Teknologi
pengitar nafas yang juga digunakan dalam peralatan penyelamat lombong dan pakaian angkasa
Wednesday, 15 February 2012
Snorkeling
Snorkeling (selam
permukaan) atau selam
dangkal(skin diving) adalah kegiatan berenang atau
menyelam dengan mengenakan peralatan berupa masker selam dan snorkel.
Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip
selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.
Snorkel adalah peralatan selam berupa
selang berbentuk huruf "J" dengan pelindung mulut di
bahagian ujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara
ketika bernafas dengan mulut tanpa mengangkat muka dari permukaan air.
Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke
permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Penyelam boleh mengambil nafas
dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air.
Kegiatan snorkeling boleh dilakukan
oleh semua orang. Penyelam yang tidak boleh berenang boleh mengenakan baju
pelampung. Ketika menyelam di air bersuhu rendah, penyelam memakai baju
selam untuk menjaga tubuh dari kedinginan. Selain itu, baju selam merupakan
pelindung tubuh dari luka terkena terumbu karangatau sengatan ubur-ubur.
Selain menguasai cara bernapas dengan
mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan pendidikan khusus.
Pemula yang belum pernah melakukan snorkeling boleh mempelajarinya dalam waktu
singkat dari pemandu selam. Cara mengenakan masker, snorkel, dan kaki katak
boleh dipelajari dari pemandu selam,atau tempat penyewaan alat selam di pinggir
pantai.kegiatan snorkeling tidak boleh dilakukan seorang diri, melainkan bersama
teman atau secara berkelompok.
Snorkeling adalah kegiatan
rekreasi air yang popular, terutama di pulau-pulau.Penyelam boleh
mengamati beraneka ragam flora dan fauna bawah laut, seperti: terumbu
karang,ikan,kerang,bintang laut,rumput laut,ubur-ubur,udang,
dan penyu. Selain itu, snorkeling juga dilakukan di danau air tawar atau sungai.
Peralatan Snorkeling
Snorkle
Alat untuk
pernafasan. Cara pemakaian alat ini adalah dengan digigit pada mulut sehingga
kita boleh bernafas
melalui mulut.
|
Mask atau kacamata selam
|
Subscribe to:
Posts (Atom)