Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, 8 February 2012

Pulau Bidong

                                                                 
  Pelajar Universiti Malaysia Terengganu
 sedang membuat kajian di Pulau Bidong.



     Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu,Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut Cina Selatan. Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.

       Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidung dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam. Selain daripada pelarian Vietnam, ia turut menempatkan pelarian Kemboja pada akhir 70-an, yang lari daripada regim Khmer Rouge.Laluan mereka daripada Vietnam dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian adalah kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarin mati di laut sebelum sampai ke pantai Bidong. 

        Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amarika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.

No comments:

Post a Comment