Blogger Widgets Blogger Widgets

Saturday, 18 February 2012

Skuba

          SKUBA merupakan singkatan kepada perkataan bahasa inggeris iaitu SCUBA yang bermaksud “ Self Contained Underwater Breathing Apparatus” ataupun Alat Bantuan .
          Aktiviti selam skuba memerlukan peralatan kursus yang mesti digunakan dan kita perlu tahu serta memahami setiap fungsi peralatan ini. Antara peralatan-peralatan yang khusus digunakan dalam aktiviti SKUBA adalah face mask, snorkel, fin, tali pinggan pemberat, tangki udara, jaket pengapungan, regulator, sut penyelam, sarung tangan dan lampu suluh. Face mask ini berfungsi memberi penyelam keupayaan melihat dengan jelas semasa berada di bawah permukaan air. Dengan menggunakan face mask yang meliputi bahagian mata dan juga hidung, teknik menghembus nafas ke dalam face mask mengimbangi tekanan di dalam face mask mengimbangi tekanan di dalam face mask dan tekanan di luar. Cara ini menghalang kecederaan pada mata kita.face mask mestilah diperbuat daripada kaca yang tidak mudah pecah dan bahan yang tidak mudah berkarat ataupun boleh mendatangkan alergi kepada penggunanya.

                                                   

          Fin digunakan oleh penyelam untuk bergerak di dalam air dengan pergerakan kaki yang minimum. Tangan sepatutnya tidak digunakan untuk bergerak di dalam air kerana kesan pergerakan adalah amat mimina sekiranya menggunakan tangan. 

                                                                 


           Tali pinggan pemberat dan pemberat diperlukan untuk mengurangkan kesan pengapungan dari badan, peralatan menyelam dan juga baju menyelam yang akan menghalang penyelam daripada tenggelam di dalam laut. Sekiranya difikirkan, adalah pelik kerana tangki dan juga peralatan menyelam kelihatan agak berat di darat. Setiap penyelam memerlukan jumlah timah yang berbeza-beza dan pada kebiasannya di dalam lingkungan 5 hingga 7 kilogram. Segelintir penyelam tidak menggunakan tali pinggan pemberat tetapi memasukkan timah terus ke dalam jaket pengapungan yang mempunyai system pemberat bersepadu.

            Tangki udara berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampatkan pada tekanan tinggi (3000 psi). Udara dimampatkan ke dalam tangki udara ini dengan menggunakan mesin pemampat udara khas. Terdapat dua jenis tangki udara dipasaran iaitu tangki udara aluminium dan besi.

          Fungsi utama jaket pengapungan atau BCD ini adalah memberi keupayaan kepada penyelam semasa terapung di permukaan, mengawal kelajuan semasa memulakan penyelaman ke dasar laut, mengawal kadar kelajuan semasa naik ke permukaan dan juga paras penyelaman yang sesuai mengikut kehendak penyelam.

             Regulator adalah peralatan SKUBA yang berfungsi mengurangkan tekanan udara di dalam tangki dari 3000 psi ke tekanan udara persekitaraan 150 psi dan memberi udara kepada penyelam mengikut kehendak penyelam SKUBA. Sekiranya penyelam SKUBA memerlukan udara yang banyak, regulator akan memberi udara tersebut walaupun pada kedalaman dan kedudukan yang berlainan.        
           

Sut menyelam digunakan sebagai memberi perlindungan kepada penyelam daripada menjadi kesejukan semasa menyelam, perlindungan daripada sengkatan ikan ataupun obor-obor dan juga kecederaan yang boleh berlaku semasa berada di laut. Air yang terperangkap di dalam sut menyelam ini akan dipanaskan oleh badan dan mengurangkan kesejukan kepada penyelam.

             Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan penyelam daripada cedera semasa menyelam. Lampu suluh digunakan untuk melihat warna sebenar hidupan laut atau menyelam pada waktu malam. Air menyerap cahaya yang berlainan mengikut kedalaman air. Bag khas untuk menempatkan peralatan SKUBA memudahkan penyelam untuk menyimpan peralatan sebelum dan selepas menyelam di laut. Setiap penyelam SKUBA dinasihatkan supaya tidak menyimpan tali pinggan bersama pemberat di dalam beg peralatan SKUBA kerana timah pemberat boleh merosakan alat-alat dan juga beg tersebut.


                                                          

Terdapat dua jenis peralatan SCUBA:
  • Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran.
      
                                                  
                                                 PERALATAN AQUA-LUNG
  • Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'
                                                       
                                 Pilihan lain kepada peralatan SCUBA adalah:
  • selaman bebas - menyelam dalam air dalam satu nafas.
  • snorkeling - sejenis selaman bebas yang mulut dan hidung penyelam berada di bawah air ketika bernafas kerana penyelam mampu bernafas melalui tiub pendek yang dipanggil snorkel.
  • selaman dibekal dari permukaan - kebanyakannya digunakan oleh penyelam profesional untuk selaman dalam atau tempoh yang lama dimana terdapat salur udara menyambungkan penyelam dengan permukaan yang membekalkan gas pernafasan, air panas untuk memanaskan pakaian selam dan komunikasi suara.
Peralatan seumpama SCUBA juga digunakan untuk applikasi bukan selaman:
·         SCBA Self Contained Breathing Apparatus - topeng muka tekanan positif dan silinder gas untuk kegunaan perkhidmatan penyelamat dan bomba.
·         Teknologi pengitar nafas yang juga digunakan dalam peralatan penyelamat lombong dan pakaian angkasa 

No comments:

Post a Comment