Blogger Widgets Blogger Widgets

Wednesday, 15 February 2012

Snorkeling

         Snorkeling (selam permukaan) atau selam dangkal(skin diving) adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.
         Snorkel adalah peralatan selam berupa selang berbentuk huruf "J" dengan pelindung mulut di bahagian ujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Penyelam boleh mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air.
        Kegiatan snorkeling boleh dilakukan oleh semua orang. Penyelam yang tidak boleh berenang boleh mengenakan baju pelampung. Ketika menyelam di air bersuhu rendah, penyelam memakai baju selam untuk menjaga tubuh dari kedinginan. Selain itu, baju selam merupakan pelindung tubuh dari luka terkena terumbu karangatau sengatan ubur-ubur.
       Selain menguasai cara bernapas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan pendidikan khusus. Pemula yang belum pernah melakukan snorkeling boleh mempelajarinya dalam waktu singkat dari pemandu selam. Cara mengenakan masker, snorkel, dan kaki katak boleh dipelajari dari pemandu selam,atau tempat penyewaan alat selam di pinggir pantai.kegiatan snorkeling tidak boleh dilakukan seorang diri, melainkan bersama teman atau secara berkelompok.

       Snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang popular, terutama di pulau-pulau.Penyelam boleh mengamati beraneka ragam flora dan fauna bawah laut, seperti: terumbu karang,ikan,kerang,bintang laut,rumput laut,ubur-ubur,udang, dan penyu. Selain itu, snorkeling juga dilakukan  di danau air tawar atau sungai.

    Peralatan Snorkeling

Snorkle
      Alat untuk pernafasan. Cara pemakaian alat ini adalah dengan digigit   pada mulut sehingga kita boleh bernafas melalui mulut.                                                                                                
Mask atau kacamata selam

Fin atau kaki katak
    Terdapat 2 jenis model fin iaitu open whell dan close whell. Jenis open whell lebih mahal daripada close whell.   




  Gambar-Gambar

Sebahagian  pelajar Universiti Malaysia Terengganu sedang mengikuti 
Survival Laut  di Pulau Bidong dengan bersnookeling







No comments:

Post a Comment