Blogger Widgets Blogger Widgets

Saturday, 18 February 2012

Infomasi Terumbu Karang


      Terumbu karang merupakan salah satu ekosistem yang wujud di lautan. Ia terbina dengan jutaan organisma kecil yang berkoloni (hidup berkumpulan) di habitat laut sekitar suhu 20 hingga 28 darjah celcius. Hidupan di terumbu karang terdiri daripada karang laut yang kebanyakkannya datang dari famili Cnidari serta subkelas yang bernama Octocorallia, Zoantharia dan juga Tabulata.



     Terumbu karang menajadi habitat penting untuk hidupan laut yang lain seperti ikan kerana di sinilah kawasan makanan paling banyak di lautan. Kawasan terumbu karang mampu menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis dan sebab itulah kawasan terumbu karang mudah dijumpai di kawasan lautan yang kedalamannya antara 40 hingga 70 meter di dasar laut yang membolehkan cahaya matahari menembusi dasar laut. Selain sebagai tempat hidupan laut mendapatkan makanan, terumbu karang juga berfungsi sebagai benteng perlindungan pantai terhadap ombak kuat. Maksudnya terumbu karang bertindak sebagai pemecah ombak besar.




       Di Malaysia, kawasan terumbu karang digazetkan sebagai Taman Marin untuk memastikan ianya sentiasa dipelihara. Salah satu contoh Taman Marin yang ada ialah Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu Sabah. Terumbu karang terbesar di dunia terletak di Queensland, Australia.

No comments:

Post a Comment